Powered By Blogger

Thursday 15 March 2012

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” (al-Bukhari) Huraian :
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Sumber : e-hadith (JAKIM)

Hikmah Disebalik Kesabaran

ISLAM menuntut umatnya supaya sentiasa bersabar. Setiap dugaan dan halangan hidup seharian perlu ditempuhi dengan redha dan penuh keinsafan. Umpamanya apabila ditimpa kemalangan atau musibah, hendaklah menyerahkan diri dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Sikap sabar akan memberi ganjaran kepada manusia baik di dunia atau akhirat. Ini dijelaskan dalam al-Quran bahawa setiap kebaikan itu walaupun sebesar zarah akan mendapat balasan dan ganjaran baik. Begitu jugalah ganjaran terhadap sifat sabar kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT dan membuat kebajikan. Allah menjanjikan balasan yang baik dan kemenangan yang besar bagi orang-orang yang sabar.
Sabar adalah antara sifat orang-orang Mukmin dan menjadi salah satu amalan soleh. Orang yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Ini seperti firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak pula dianiaya sedikit pun...” (QS An-Nisa:124).
Justeru, hendaklah kita berlumba-lumba membuat kebaikan seperti bersedekah, menolong orang dan ringan dalam mengerjakan amal ibadat. Begitu juga dalam hal berkaitan sifat sabar, terutama ketika berhadapan dengan masalah seharian. Pergaulan dengan jiran, rakan dan saudara mara perlu dijaga dengan baik. Sekiranya timbul perbalahan, ianya perlu ditangani dengan adil, saksama dan penuh kesabaran. Kehilangan sifat sabar hanya akan mengeruhkan keadaan, bukan menyelesaikan masalah. Sifat sabar membuktikan kewibawaan, peribadi dan ciri Muslim sejati serta mulia. Belajarlah menghormati jika kita mahu diri dihormati dan disegani orang lain.
Ganjaran sabar di dunia ialah mendapat kemenangan dan kejayaan hidup dalam menegakkan kebenaran Allah. Firman Allah bermaksud: “Ya, cukuplah jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka akan datang menyerang kamu seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.” (QS Ali Imran: 125).
Orang bersabar terhadap ujian Allah SWT dan sebarang kesusahan dalam mempertahankan keimanan amat dikasihi Allah serta diberikan kurnia yang banyak. Akhirnya hidup kita akan dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan sepanjang masa. Begitu juga orang yang kuat dalam kesabaran kerana mempertahankan keimanannya juga akan mendapat keuntungan. Firman Allah bermaksud: “Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan kepada mereka...” (QS Ali Imran: 170).
Sebenarnya pelbagai ganjaran dan balasan akan diberikan oleh Allah kepada orang bersabar. Ini kerana melalui sifat sabar akan membentuk jiwa yang kuat dan mental yang berani untuk menghadapi segala cabaran dan peristiwa yang boleh mengganggu gugat keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Ganjaran besar seterusnya menunggu orang yang sentiasa sabar dengan ujian Allah pada hari akhirat. Diketahui bahawa keuntungan, kesenangan, harta benda dan wang yang banyak yang diperoleh di dunia hanyalah sementara. Sebaliknya keuntungan dan kebahagiaan pada akhirat akan kekal dan abadi. Perkara inilah yang akan dinikmati oleh golongan beriman dan sabar dalam keimanannya. Ini dapat dihayati melalui maksud firman Allah: “Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS Ali Imran: 200).
Allah menyediakan tempat kembali yang mulia dan mengangkat kedudukan hambaNya yang sabar dan beriman ke tempat yang terpuji beserta para anbiya dan salaf al-soleh. Mereka inilah yang akan menerima catatan amal di sebelah kanan dan mendapat layanan sempurna pada akhirat kelak iaitu dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran.
Hikmah sifat sabar dapat kita pelajari melalui ayat-ayat Al-Quran sepertimana berikut:
“Orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kelak akan kami masukkan ke dalam syurga...” (QS An-Nisa: 122)
“Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya...” (QS Al-An'am: 160)
“Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (QS Hud: 11)
Jelaslah, sabar adalah sifat yang membawa kebajikan. Malah Allah SWT memberikan pahala bagi orang yang membuat kebajikan dengan ganjaran berkali-kali ganda. Orang yang sentiasa bersabar akan mendapat keampunan daripada Allah SWT terhadap segala dosa yang pernah mereka lakukan dengan pahala yang besar. Oleh itu, sentiasa ingat bahawa sabar itu sebahagian besar dari iman agar hidup kita sentiasa bahagia dan sejahtera.

Monday 12 March 2012

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari..Mengamit kasih,cinta bersemi...Hadir cinta pada insan ku ini...Anugerah kurniaan illahi...
Lembut tutur bicara nya..Menarik hatiku untuk mendekatinya...Ksopanannya memikat dihati mendamaikan jiwaku yang resah ini..
Ya Allah jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku...Jika dia,bukan milikku..Damaikanlah hatiku dengan ketentuan mu..
 Dialah permata yang dicari...Selama ini baru kutemui...Tapi ku tak pasti,rencana illahi..Adakah dia kan ku milikki...

By:Fatin Farhana(curi lirik je)

Sunday 11 March 2012

I.L.Y.S.M

"♥ ENGLISH : I LOVE YOU.
♥POLISH : ja kocham cibie
♥FRENCH : je t'aime
♥HINDI : hum tumhe pyar karte hae
♥CZECH : miluji te
♥SLOVAKIAN : lu'bim ta
♥MALAY : saya cintakan kamu
♥UKRAINIAN : ya tebe kahayu
♥GERMAN : ish libe dish
♥CHINESE : wo ai ni
♥GREEK : s' agapo
♥HAWAIAN : aloha wau ia oi
♥KOREAN : saranghae
♥JAPENESE : aishiteru
♥ROMANIAN : te ubsec
♥BOSNIAN : volim te
♥ALBANIAN : te dua
♥FILIPINO : mahal kita
♥SPANISH : te amo
♥TAIWANESE : gwa ai lee
I can say I love you in 20 different languages ♥

CINTA

"♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪
CINTA bukan pade 'COUPLE'
CINTA juga bukan pade 'I LOVE YOU'
CINTA tak terletak pade 'I MISS YOU'
Dan CINTA bukan pade 'CAN I TOUCH YOU'
... Kerana itu sume CINTA nafsu semate-mate

Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijakabul dilafazkan . Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerane ALLAH ! :)
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪"

Saturday 10 March 2012

15 Kata-Kata Motivasi Untuk Belajar

SUNGGUHKAH mawar tumbuh di datar,
Kalau datar mana alunnya,
Sungguhkah kata kamu belajar,
Kalau belajar mana pandainya?
motivasi untuk belajar
Post ini saya tujukan khas buat adik-adik pelajar kita terutama kepada mereka yang agak kureng sedikit motivasi belajar.
Sebagai seorang pelajar, memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk belajar. Masalah dengan ‘tanggungjawab belajar’ ini ialah kita kekadang menjadi lali dengannya. Manakan tidak, ia sudah menjadi rutin harian selama berbelas-belas tahun.
Ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Jadi sudah tidak begitu terasa yang ianya merupakan satu tanggungjawab. Ia lebih kepada – pergi ke sekolah, bawa buku, jumpa guru, jumpa kawan dan balik rumah. Hidup seharian sahaja.
Hanya sesekali apabila musim peperiksaan tiba, baharulah sedikit terasa perlunya belajar. Malangnya, motivasi untuk belajar pula tidak sekuat mana. Abang sama sekali tidak menyalahkan adik-adik. Ia memang hampir tidak terasa suatu tugas. Hehee..
Kepada adik pelajar yang ingin menaikkan semula motivasi belajar, berikut beberapa kata-kata motivasi belajar untuk menaikkan semula semangat belajar adik-adik..
1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.
2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.
3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.
4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.
5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.
6. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh dua kali pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
7. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
9. Belajar ketika letih adalah membuang masa.
10. Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang kamu kerjakan.
11. Sulit jadinya bila kamu harus, tetapi mudah jadinya bila kamu ingin.
12. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.
13. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
14. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
15. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
Demikianlah koleksi motivasi untuk belajar yang sempat abang kumpulkan. Semoga ianya sedikit sebanyak menaikkan motivasi belajar adik-adik dan meniupkan semangat. Tapi orang kata semangat, semangat juga. Kalau tak ada persediaan yang sebaiknya memang tak jadi juga. Misalnya, kalau agak lemah dalam subjek Arab maka kenalah buat persediaan untuk Bahasa Arab secukupnya.
Begitu juga dengan subjek yang memang terkenal sukar sedari zaman-zaman abang bersekolah lagi, apa lagi kalau bukan Math. Ini kalau tak prepare betul-betul, memang la. Hmm.. tak tahu nak cakap. Hehehe.. Seeloknya sedari sekarang lagi adik-adik menumpukan perhatian kepada teknik menyelesaikan masalah Matematik dengan pantas.
Akhir sekali, kongsikanlah koleksi kata-kata semangat belajar ini dengan rakan-rakan adik yang lain di Facebook menggunakan butang ‘share’ di atas. Agar semua lebih bersemangat dan bersedia. Selamat belajar dan semoga meraih kejayaan yang diimpikan.


Sumber Asal: 15 Kata-Kata Motivasi Untuk Belajar | Julmazli Dot Com

Himpunan 19 Kata-Kata Hikmat

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..
koleksi kata hikmat motivasi
Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.  Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.


Sumber Asal: Himpunan 19 Kata-Kata Hikmat ‘Motivasi’ Untuk Membakar Semangat Anda! | Julmazli Dot Com