Salam,

Alhamdulillah, berkat kesabaran setiap hari menempuh manusia yg bermacam ragam telah banyak mengajar aku tentang kehidupan di dunia.

Ilmu ibarat air di dalam gelas.. jika tidak dikeluarkan maka meleleh air tu kuo begitu sahaja.. So, salah satu cara untuk aku berkongsi dengan sahabat2 maya sekalian adalah di tokeikedai ini.. yg banyak mengajar aku dunia internet ini. Tkasih banyak2 kt abam dome.

So, apakata korang kongsikan kata-kata semangat, pembakar semangat.. sehari satu kata2 cukuplah.. Tak kisahlah berkaitan apa sekalipon KECUALI cinta.. pi kat anjung cinta k...

Semoga kata-kata semangat yang terhimpun kat sini dapat dijadikan pendorong kepada kejayaan mereka yg lain. Sekurang-kurangnya dapat membuatkan orang lain tersenyum pon dah cukup baik..

Terpulang sama ada kata-kata semangat itu korang dapat drpd org lain, mahupun dari diri sendiri.. yang penting keikhlasan utk korang berkongsi dengan mereka yg memerlukan. Yg terbaik adalah yg datang daripada diri sendiri, ikhlas dari hati.

Jadi.. aku mulakan dengan kata-kata ini..

"KESILAPAN pon merupakan salah satu perkara yg amat penting bagi menjamin kebahagiaan masa depan. Setiap insan akan mudah mendapat pengajaran daripada kesilapan yg telah dilakukan."