Powered By Blogger

Saturday, 10 March 2012

Kata-Kata Indah Untuk Wanita

Kita semua suka pada pujian,baik lelaki atau perempuan. Tetapi jika anda ingin memikat wanita,anda boleh bermula dengan memujinya untuk memulakan titik perhubungan cinta . Wanita amnya suka mendengar pujian yang membuatkan meraka berasa selesa dan lebih lagi daripada seorang lelaki . Namun jika anda seorang lelaki yang ingin mendekati wanita ,anda haruslah kuatkan diri untuk ikhlaskan diri menyatakan keikhlasan anda atau mungkin insan tersebut akan mengetahui sikap tidak ikhlas anda.

Pujian yang sederhana 
Cara yang paling mudah mendekatkan diri atau ingin memulakan perbualan adalah dengan pujian. Tentulah anda yang  harus bijak memainkan peranan,anda akan terkejut dengan kesan yang ketara dari pujian kecil yang anda anggap sebagai ‘biasa’ mungkin besar bagi seseorang gadis yang sememangnya menanti perhatian dari anda.  Tumpukan perhatian kepada ciri-ciri dirinya seperti mata,mulut dan aksesori pakaiannya dan sebagainya contohnya ‘kasut tu betul2 cun dengan awak,macam model la’ walaupun nampak biasa,anda tidak mungkin dapat lihat betapa gembiranya hatinya setelah dipuji .

Kata-kata memujuk 
Jika anda bijak menyusun ayat memujuk  yang dapat membantu si dia mengharungi hari getirnya ,anda mungkin menjadi tempat dia mengadu dan ingin orang yang boleh memberi kata-kata semangat untuk dia melegakan hati yang suram dek pelbagai rintangan. Contoh ayat seperti “awak boleh buat ,yakin boleh,pasti boleh” dan yang penting anda haruslah tahu masa yang sesuai dan bertindak mengikut tindak balasnya.
Pengakuan Terbuka
Apabila tiba sampai satu tahap dimana anda dan si dia sudah mempunyai bibit cinta,anda boleh mengaku cinta kepadanya tanpa perlu berselindung lagi. Katakan “sehari tanpa melihat wajahmu,hidupku suram sekali,aku sayang kamu”  .

No comments:

Post a Comment